Saturday, 21 December 2013

To Melaka we go

Lately ni rasa macam banyak perkara nak tulis. Hari ni bawa azfar pergi Melaka, for a cousin's wedding. Bibik pun tagged along.

Tapi lupe pulak nak ambik gambar azfar seronok naik bot. Selalunye mmg akan record je all his antics. Seronok ada anak ni. Of course ada la masa kita marah or sedih etc. but most of the time, sejuk hati tgk muka anak. Lagi lagi pulak time dia tidur, nampak peaceful. Memang la time tido je la pun yg azfar will stay put long enough to look peaceful sebenarnye. Time lain, ade je project dia nak buat. 

On a different note, I learnt something new, just because you trusted someone, you will still have to make a deal dgn orang tu, what's in it for us and our team. Takde la, project dah jalan, the other party dah reap the gains tapi kita still taktau pun ape yg kita dapat. Sedangkan duit dah keluar, masa dah habis, badan dah penat. Entah entah, ape yang dapat nanti tak boleh pun balik modal. Orang lain punye project, sah sah orang lain yg dapat nama. Tapi at least I would love for our team to gain benefit since keringat kitorg pun dikerah.

Berserah je la...

I'm taking it as a lesson learned
And a good experience


Lepas ni focus kat project sendiri je, insyaAllah lebih menguntungkan team ni. And takde la tergantung mcm ni, taktau ape status.

Friday, 20 December 2013

Soalan soalan itu

Dalam 2-3 mlm ni ade terbaca status kawan kawan yg sedih, bila ditanya soalan-soalan yg for me, tak payah la tanya.

Bile baca tu teringat la pulak kisah diri sendiri dulu. Masa belum nikah, orang luar tgk kite ade rumah, ade kereta, maka dorg ckp 

"bile lagi nak kawin, dah dah la tu cari harta, asyik kejar harta je, umur tu dah meningkat, nanti lama lama dah takde org nak"

Allah, takkan kite nak bentangkan seluruh cerita kite, utk semua di dunia ini tahu. 

I was 28 masa tu. Nak kata kejar sgt harta sampai tak nak kawin, takde jugak. Naluri itu ada, cuma belum sampai masa, itu kan kerja Allah. Kita cuma merancang, Dia yg tentukan.

Bila dah nak nikah tu, ade pulak desas desus 

"nak kawin dgn sape, ntah ntah org tua"

*istighfar*
Dengan siapa jodoh kita, bersyukurlah. Turn out, hubby pun in his 20's masa nikah tu.

Bila dah 8 bulan nikah, tapi tak  pregnant lagi, sorang makcik ni ckp sambil gosok gosok my tummy (I flinched, coz I hated being touch without consent)

"ko mandul ke? Sepupu ko yg baru nikah tu pun dah mengandung, ko dah nak setahun kosong lagi. Kalau nak, ade ubat ni boleh beli"

Eh, meniaga pulak. Hancur luluh hati masa tu, simpan je. Tak terkata apa apa. Cerita kita, biar kite je yg tau. Saban bulan mengalir air mata bila tgk satu je "line biru". Kita yang baru lapan bulan mencuba ni pun terasa la sgt org cakap mcm tu, tabahnya org yg bertahun  menanti.

Kesimpulannye, mereka mereka tak akan berhenti. Jadi tugas kita utk biar kan mereka mereka dgn kata kata mereka.

Tak payah ambik port org kate.

Dulu before nikah, I played this game. Every single time org tanye bile nak kawin, I asked for rm2 as fee for my answer.

My mom, confirm la terkejut hahahahahahhaha!!!

But well, mereka mereka ini, kalau kita cuba bgtau hati kita luka, belum tentu dia kisah.

So ini cara paling effective, eh, terkejut kene mintak rm2? Ape lah sgt dgn hati kita kannnnn hihihi

So kite selalu pesan pada kawan kawan, cara paling senang yang tak lukakan sape sape, kurang kan jumpa mereka mereka ini, hati kita tak luka dok kene laser, hati mereka tak guris bila kena bayar rm2 hahaha

Yang penting, tabahlah wahai hati

Takkan kita diuji dgn dugaan dugaan yg tak mampu kita tanggung. 

Tak perlu risau pasal perkara yg kita tak boleh kawal, just do the best in what ever we do. Yang lain? Just let God 


Duck face

My blessing #1 lol

Malam ni hujan lagi

Malam ni hujan lagi, lebat berderai derai
jatuh ke pipi. Hubby pun dah tak kisah tgk kita yg tiba tiba menangis. Dah masak sgt, mesti baca blog lagi la tu.

Cerita org lain, di blog org lain, banyak buat kita sedar.
Hari ni terduga lagi, apa yg dikejar dari awal tahun, tak dapat. Tak macam tahun tahun sebelum. Masuk bulan December, dah macam sebulan cuti. Tapi kali ni, lagi sesaat sebelum habis kerja pun, terkejar kejar lagi.

Tapi tak mcm awal awal join career ni, bila tak dapat target, rasa down tak terhingga. Macam nak sorok muka duduk dalam gua.

Tapi kali ni, even tho ada rasa terkilan, ada sedih, hati tetap tenang. Sejuk.

Ape lah sgt dugaan yg ini, kalau dibandingkan dgn org lain, ibu ibu lain..
Yang kita dapat, cuma dugaan kerja, yang org lain dapat, hilang yg tersayang.

Yang pasti, Isnin nanti, mula tahun baru bagi kami. Ape jadi thn ni, kene ambik iktibarnye, kalau tak rugi pengalaman tahun ni.

Malam ni, dapat baring baring dgn hero tersayang, yg dah separuh tinggi mommy dia ni, syukur sangat.

Isnin ni kita buka cerita baru.